Membudayakan Amanah Adalah Satu Perjuangan

Salam Jumaat. Marilah kita memainkan peranan kita. Membudayakan amanah adalah satu perjuangan. Perjuangan yang bukan sahaja besar di sisi bangsa dan negara, tetapi di mata Pencipta kita. Marilah kita melakukan apa-apa yang terdaya. Agar kelak, apabila kita dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah ini, ada amal baik kita yang akan tampil dan berbicara bagi pihak kita,…

Rapat Sukarelawan

Gembira dapat bersama sukarelawan seluruh negeri Johor hari ini. Kesukarelawanan bukan lagi bersifat kekampungan, malah ia adalah sesuatu yang ‘cool’ dan menepati ciri berkemajuan. Sukarelawan adalah mereka yang pro rakyat, Pro kebaikan dan Pro amal bakti. sukarelawan dan semangat berbakti akan menjadi pembawa obor pembaharuan kepada Johor dan masa depannya.  

Tabung Latihan Kemahiran Johor 2017

JOHOR MAHIR Kita perlu menyelaras kembali cara kita menguruskan bakat dan kemahiran yang ada di negeri Johor. Kesedaran Kerajaan Negeri tentang kepentingan pengurusan dan pembangunan bakat akan turut diterjemahkan melalui Tabung Latihan Kemahiran untuk pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di institut-institut kemahiran dalam negeri Johor. Sebanyak RM 2,000 ringgit seorang akan…

Selamat Hari Wanita Sedunia

Selamat Hari Wanita Sedunia. Kerajaan negeri akan terus mengambil pendekatan ke arah memperkasa pembangunan wanita.Menyedari perkembangan peranan golongan wanita dalam bidang ekonomi, khususnya keusahawanan digital, pada tahun ini seramai 200 ‘ Netpreneur Wanita’ akan dikenal pasti untuk diberikan kursus strategi pemasaran produk atas talian menggunakan laman sosial dan internet dibimbing oleh pakar berpengalaman daripada Universiti…