Johor Sokong TN50

TN50 mesti menjadi tawaran baharu kepada Malaysia atau ‘a new deal for Malaysia’. Tawaran yang bukan menjanjikan bulan jatuh ke riba. Tetapi tawaran yang meyakinkan kita bahawa langit itu tidak rendah. Dan ia tidak selamanya cerah. Semoga segala rencana dan perancangan besar TN50 ini membawa kebaikan kepada kita semua. Dan semoga, kita akan terus bangkit…