• Bersama Tan Sri Shahrir Samad menaiki bas muafakat Johor melawat sekitar Parlimen Johor Bahru.
  • Singgah solat Zohor di Masjid Jamek Tun Hussein Onn, Kampung Dato' Onn, Johor Bahru.
  • Bantuan bernilai RM226,140 merangkumi bantuan pakaian sekolah, bantuan awal khas persekolahan dan bantuan program makanan sihat diserahkan kepada Tan Sri Sharir Samad. Seramai 839 pelajar dari 13 sekolah Agama Parlimen Johor Bahru bakal menerima bantuan MAIJ.
  • Tiada satu haripun berlalu tanpa memikirkan hidup keluarga dan anak anak Johor, tanpa memikirkan yang terbaik untuk masa depan Johor, tanpa sokongan, suara hati dan muafakat bangsa Johor, segala apa yang telah kita capai hari ini tidak mungkin berjaya.
  • Happy Birthday Alya
  • Tahniah Koperasi Seri Cempaka yang berjaya menempatkan Usahawanita Parlimen Pasir Gudang untuk memasarkan produk-produk makanan, industri kecil dan sederhana (IKS), kesihatan dan perhiasan. Jom support produk usahawan kita!
  • Tahniah diucapkan kepada Nur Adlyka Ainul Annuar anak Johor kelahiran Muar di atas kejayaan penemuan bukti kewujudan lorong hitam (black hole) supermasif yang tersembunyi di lingkaran kosmik semesta. Beliau merupakan calon PhD Jurusan Astrofizik di Pusat Ekstragalaksi Astronomi Universiti Durham United Kingdom. Semoga beliau menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak Johor mencipta kejayaan di mata dunia!
  • Rumah Mampu Milik Johor RMMJ di Taman Daya berkeluasan 1080 kaki persegi . Semestinya berharga RM 150 ribu . Hanya di Johor!
  • Bangsa Johor yang berkemajuan harus memiliki modal insan yang sihat dan kuat. Negeri ini akan dipimpin oleh mereka, berikanlah kasih sayang kepada mereka. Bantuan makanan sihat buat 15 ribu pelajar sekolah agama ini kita perkukuhkan kerana kita mahu anak anak kita sihat dan pintar. Agenda kebajikan dan pendidikan terutamanya pendidikan agama tidak akan sekali-kali dikompromi atau dikurangkan. Biar apa pun kedudukan dan keadaan ekonomi negara kita dan negeri Johor ini, itu bukan alasan untuk membiarkan aspek pendidikan agama tergugat dan tergadai, kita mesti utamakan dan pertahankan bukan sahaja oleh kerajaan malah semua ibu bapa.
  • PBT Pengerang sudah digerakkan secara rasmi dengan pasukan seramai 110 pegawai profesional dan kumpulan sokongan yang mahir. Dengan menyerahkan amanah ini kepada Johor Corporation diharap Jcorp mempamerkan kecemerlangan yang sama di Pengerang berdasarkan 'track record' mereka selama ini. Potensi besar dan masa depan sebenar Pengerang harus dimanfaatkan dengan memposisikan Pengerang sebagai katalis pembangunan koridor Johor Timur dan Pengerang sebagai satu jenama global atau global brand untuk Johor.
  • Melawat Sekolah Agama Seri Kampung Tengah 2, Kluang. Bangunan Sekolah ini akan dibaikpulih dan dinaiktaraf oleh KPRJ.
  • Extreme Park di Kluang. Peruntukan tambahan diluluskan untuk menambahbaik kemudahan infrastruktur disini.
  • Masjid Al-Ikram di Taman Sri Kluang akan dibina semula mampu memuatkan 1,200 orang jemaah dengan kos dianggarkan RM 5 juta.
  • #MuafakatJohor
  • Merasmikan bazaar Tahun Baru Cina di Taman Johor Jaya.
  • Di Pasar Pagi Jalan Ibrahim, Batu Pahat.
  • Bersama pelajar pelajar Madrasah Tahfiz Baitul Bayan. RM 100 ribu diperuntukkan untuk kemudahan infrastruktur dan keselesaan buat pelajar tahfiz di Madrasah tersebut.
  • Kerajaan Negeri melahirkan rasa simpati buat semua mangsa banjir di negeri ini. Terima Kasih buat semua pihak terutamanya kepada semua para sukarelawan dan petugas jawatankuasa yang terlibat dengan operasi banjir yang turut sama menghulurkan bantuan untuk mangsa yang terjejas.
  • Gong Xi Fa Cai!
  • Melawat Pusat pemindahan mangsa banjir di Segamat.