Hari ini saya merasmikan Kedai Harga Patut Muafakat Johor (imCoop) ke-15 di Taman Desa Rakyat Perdana. Sekalung tahniah kepada Koperasi Melayu Pasir Gudang Berhad di atas daya usaha memberi tambahan potongan harga 3% kepada semua pengundi P.159 Parlimen Pasir Gudang.

Kerajaan Negeri juga mewujudkan Pusat Niaga ERA sebanyak 36 kedai untuk memberi peluang kepada usahawan menjalankan perniagaan dalam usaha melahirkan lebih banyak usahawan di Johor. Kerajaan Johor juga bercadang untuk memperluaskan Pusat Niaga ERA di seluruh negeri ini bagi menggalakkan lebih ramai rakyat terbabit dalam keusahawanan.Kejayaan pusat niaga pertama di Pasir Gudang itu akan dijadikan panduan sebelum ia dibuka di lokasi lain. Antara isentif yang diberikan oleh pihak Perbadanan Usahawan Johor kepada para peniaga seperti kadar sewa permulaan yang rendah dan pengecualian sewa bagi tempoh 6 bulan pertama. 

Kita menyedari hakikat bahawa pertumbuhan ekonomi johor bukanlah bersandarkan kepada projek mega semata-mata tetapi ia juga bergantung kepada penyertaan, penglibatan dan sumbangan setiap yang berniaga, setiap usahawan membantu untuk memantapkan ekonomi johor.

Johor meraikan nilai-nilai keusahawan dan kita mahu rakyat kita mempunyai nilai bekerja kuat, sedia hadapi cabaran dan bijak untuk buat keputusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>