PERUTUSAN YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI BESAR JOHOR

SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA1438H / 2017M


PERUTUSAN YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI BESAR JOHOR

SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA1438H / 2017M

 

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd

Alhamdulillah. Minggu ini merupakan minggu yang penuh bermakna buat kita. Masakan tidak, kita baharu sahaja mengakhiri temasya Sukan SEA Ke-29 KL2017, yang menyaksikan kejayaan membanggakan buat negara.

Hari ini kita meraikan ulang tahun ke-60 kemerdekaan Malaysia. Esok, masyarakat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha.

Tidak ada cara yang lebih baik, melainkan dengan memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmatNya, dapat kita meraikan kesemua itu dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”

Ketika ini, jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berwukuf di Arafah bagi menyempurnakan ibadah Haji, sementara jutaan lagi di tanah air sedang bersedia dengan ibadah korban.

Kehadiran Aidiladha memperingatkan kita tentang sirah penting dalam kalendar Islam. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail, di atas ketaatannya kepada Allah SWT.

Sirah pengorbanan itu menuntut kita menghayati natijah di sebalik ibadah korban. Mengajar kita tentang hakikat pengorbanan sebenar.

Pengorbanan sebegini harus kita jelmakan dalam kehidupan seharian. Dalam melaksanakan ibadah korban dan pengorbanan, ia mempunyai maksud yang luas.

Kemajuan tamadun juga memerlukan pengorbanan. Lebih maju sesebuah tamadun, lebih banyak pengorbanan diperlukan. Pengorbanan dari segi buah fikiran, tenaga, harta benda dan wang ringgit.

Di Johor, kita perkenalkan agenda Johor Islami. Yang menjadi aturan sendi kehidupan umat Islam. Menjadi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini.

Usaha menjayakan matlamatnya, bukan meletakkan ia sebagai slogan semata-mata. Ia juga memerlukan pengorbanan.

Tokoh Islam, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada menyebut berkenaan tadhiyah (pengorbanan), iaitu berkorban yang membawa makna menyumbang jiwa dan raga, masa dan harta, serta segala-galanya untuk mencapai matlamat.

Segala pengorbanan demi matlamat Islami tidak akan disia-siakan, sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran lebih besar.

Marilah kita berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap tindak-tanduk harian kita, demi memenuhi tuntutan iman dan takwa yang kita akui.

Marilah kita mendoakan agar para jemaah Haji dari seluruh dunia diberikan kesihatan dan keselamatan. Selain, dianugerahkan Haji Mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga.

Marilah kita melaksanakan solat Aidiladha serta melakukan ibadah korban. Semoga sembelihan korban kita, benar-benar diterima oleh Allah SWT.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd

Sekian, terima kasih.

 


 

MESSAGE FROM YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN, MENTERI BESAR JOHOR

HARI RAYA AIDILADHA1438H / 2017M

 

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd

Alhamdulillah. This past week has been one full of meaning for us all, especially with our recent overwhelming success at the 29th SEA Games KL 2017 which saw Malaysia becoming the overall champions.

Today, we celebrated the 60th anniversary of Merdeka and tomorrow, Muslims all over the world will celebrate Aidiladha, or Hari Raya Haji.

There is no better way for us to celebrate all of the above, besides expressing our deepest and most sincere gratefulness to Allah SWT, for with his blessings and grace, we are able to celebrate in peace and harmony.

Rasulullah SAW (pbuh) said: “Indeed, Allah has replaced for you with two days that are better, they are Aidiladha and Aidilfitri”

At this moment, millions of Muslims from all corners of the globe are performing wukuf at Arafah as part of the Hajj pilgrimage, whilst millions more are back home preparing to perform korban.

Aidiladha commemorates an important moment in Islamic history, that of Prophet Ibrahim a.s. and his son, Prophet Ismail a.s. in an ultimate act of loyalty to Allah SWT.

This moment demands that we appreciate the lessons behind the act of korban. It teaches us the meaning of true sacrifice and these lessons can be applied in everyday life.

Developing and advancing a civilisation also requires sacrifice. The more advanced a civilisation, the bigger the sacrifice that is required in terms of ideas, energy, property and finances.

In Johor, we introduced the Johor Islami agenda, which complements the lifestyles Muslims and aims to improve it.

The efforts undertaken to make it a success also require sacrifice, not just mere catchy slogans and phrases.

Revered Islamic figure, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna explained that sacrifice involves the contribution of body and soul, time, property as well as anything necessary to achieve a goal.

Every sacrifice towards an Islamic objective will not be in vain, but will instead be rewarded.

Let us all work towards applying the true meaning of sacrifice in each of our daily lives, as a means of fulfilling the demands of our iman and takwa.

We pray for the safety and good health of all Hajj pilgrims, and may they be blessed with Hajj Mabrur.

May our prayers and korban this Aidiladha also be accepted by Allah SWT.

Thank you.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>