Reka bentuk konsep stesen Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) yang mencerminkan identiti dan warisan Malaysia namun pada masa sama moden dan futuristik. HSR KL-SG menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur, Bangi dan Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Stesen Muar mencerminkan kekayaan elemen kebudayaan Melayu dan diinspirasikan oleh rehal yang lazimnya digunakan untuk meletakkan al-Quran ketika pelajar belajar membacanya.Reka bentuk itu merupakan simbol akan kepentingan pembelajaran yang ditanam dalam kebudayaan kita sejak sekian lama dan terus menjadi tonggak identiti kita sekarang dan pada masa depan.

Stesen Batu Pahat diinspirasikan oleh kuda kepang yang memberi keseimbangan antara warisan dan pemodenan.

Stesen Iskandar Puteri diinspirasikan menerusi representasi berjabat tangan, menunjukkan peranan bandar itu sebagai bandar raya serantau untuk perdagangan bagi menjalankan perniagaan pada masa depan serta pertemuan antarabangsa, digabungkan dengan daya tarikan dan kemesraan Malaysia.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>