Hari ini menyampaikan saguhati kepada nelayan nelayan di Pasir Gudang. Kerajaan Negeri memberi saguhati RM 2000 kepada 1,834 nelayan Johor Selatan , termasuk penternak kupang dan ikan sangkar membabitkan peruntukan sebanyak RM3.668 juta pada tahun ini.

Para nelayan masih lagi diperlukan kerana menyumbang hasil yang segar dan protein daripada lautan. Namun selagi nelayan tidak terlibat dalam jualan dan pasaran selagi itu mereka tidak dapat hasil yang lumayan walhal dia yang paling bekerja kuat dengan berhadapan cabaran dan masalah

Saya mengalu-alukan sekiranya diwujudkan pasar-pasar ikan yang diurus Koperasi Nelayan. Anak anak nelayan juga boleh melibatkan diri bagi meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Di Pasir Gudang kita bina Medan Selera Ikan Bakar bagi meningkatkan pendapatan mereka disini

Banyak ikan kita dieksport ke Singapura, kenapa tidak koperasi kita menghasilkan produk-produk yang berasaskan perikanan yang boleh kita jual ke sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>