Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi tumpuan memantapkan sistem pendidikan agama di negeri ini seiring dengan pembangunan dan cabaran yang dihadapi masa kini. Memandangkan cabaran-cabaran baru yang dihadapi, tidak cukup hanya sediakan bangunan fizikal sahaja tetapi perlu melihat kepada cabaran-cabaran lain yang sedang kita lalui

Salah satu inisiatif untuk memantapkan sistem pendidikan agama antaranya Kerajaan Negeri akan memperkenalkan sistem pendidikan agama moden menggunakan aplikasi digital di semua sekolah agama negeri ini sebagai langkah memantapkan institusi pendidikan agama di negeri ini. Projek perintis berkenaan sedang dilaksanakan di Sekolah Agama Bandar, Pasir Gudang dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Johor.

Pemodenan sistem pendidikan agama di negeri ini bagi menarik minat pelajar supaya teruja ke sekolah agama sekali gus mentranformasikannya. Aplikasi digital khas untuk sekolah agama ini akan diperluas ke semua sekolah agama Johor mulai tahun depan.

Menerusi aplikasi digital yang boleh diakses menerusi peranti tablet itu, pelajar boleh menggunakannya untuk mempelajari cara untuk berwudhu dengan lebih intetaktif dan menyeronokkan selain pelbagai keadah Islam yang dimuat naik ke dalam aplikasi berkenaan. Kita juga akan umumkan beberapa langkah berterusan bagi memantapkan sekolah agama di negeri ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>